MOU DIANTARA UKM & STEVENS INSTITUTE OF TECHNOLOGY: Mengapa blogger memperlekehkannya?

Shahrir Samad

Lawatan YAB Perdana Menteri ke Amerika Syarikat bermula 12hb April 2010 mendapat liputan luas dari media negara dan dalam media siber terdapat juga blogger-blogger yang membuat ulasan mereka. Satu ulasan yang menarik perhatian saya dibuat olih Bakri Musa, seorang blogger yang aktif menegur perkembangan dalam negara. Ulasan Bakri Musa pada 11hb April 2010 agak menarik olih kerana beliau kini menetap di Amerika Syarikat dan olih itu, pandangan-pandangannya terhadap lawatan Perdana Menteri ke negara itu tentunya berasaskan kepada fakta yang sahih. Lainlah kalau yang memberi  pandangan itu berada jauh dari Amerika Syarikat dan hanya berpandukan kepada cakap-cakap atau hearsay semata-mata.

Dalam blognya pada 11hb April, Bakri telah menulis:

“Najib is coming to US this week and among his duties is to witness a MOU

between UKM and Stevens Institute of Technology. In the American scheme

of things, Steven Tech is the equivalent of our Federal or Maju Institute of

Technology.”

Pandangan itu membuatkan saya terfikir bahawa mungkinkah UKM telah tersalah pilih rakan usahasamanya dalam membangunkan budaya innovasi melalui penyelidikan dan pembangunan yang bakal memunafaatkan perniagaan dan indastri negara! Sudahlah kedua-dua Federal dan Maju Institute of Technology tidak lagi tersenarai dibawah eSISRAF iaitu Sistem Pengiktirafan Kelayakan yang dikendalikan olih Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA ( www.jpa.gov.my ).

Kebimbangan saya ini juga mendorongkan saya untuk melayar Internet untuk mencari maklumat lebih mengenai Stevens Institute of Technology. Kalaulah Bakri Musa menyatakan yang Steven Tech ini lebihkurang setaraf  Federal atau Maju Institute of Technology, ini bermakna bahawa MOU diantara UKM dengan Stevens Institute of Technology suatu usaha yang tidak lansung berfaedah kepada rakyat dan negara! Janganlah pula kepimpinan UKM hanya untuk berpoya-poya ke luar negara apabila mengaturkan MOU ini sempena lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat!

Saya terperanjat apabila mencari “Stevens Institute of Technology” menggunakan Google yang membawakan saya kepada www.stevens.edu . Daripada lamanweb institusi itu, saya mendapati bahawa sungguhpun Stevens Institute of Technology sebuah institusi swasta ia dibiayai sepenuh dari suatu dana endowment sebanyak USD136.3 juta! Institiut ini juga begitu rancak dalam penyelidikan sains dan teknologi, menumpukan kegiatan ini kepada tiga bidang utama: Nanotechnology & Multi-scale Systems, Secure Systems dan Systems Engineering & Enterprise Management Stevens Tech juga mencipta pendekatannya tersendiri dalam menggandingkan innovasi teknologi yang dihasilkan olihnya dengan pembangunan keusahawanan dibawah apa yang dipanggil sebagai Technogenesis. Lamanweb www.answers.com pula menyenaraikan alumni yang menyerlah dari Stevens Tech dan dalam senarai ini terdapat dua pemenang Hadiah Nobel selain daripada pakar-pakar sains dan teknologi serta beberapa pemimpin terkemuka dunia perniagaan Amerika Syarikat.

Kesimpulannya ialah Stevens Institute of Technology bukanlah selekeh mana seperti yang didakwa olih Bakri Musa. Sebagai seorang blogger yang memang rancak dalam dunia siber, sepatutnya beliau lebih mudah mendapat maklumat dan fakta melalui Internet. Ianya begitu mudah kerana dengan menggunakan Google sahaja, beliau bolih mempertahankan kredibilitinya sebagai seorang pemikir supaya tidak pula nanti dianggap sebagai seorang blogger yang gemar menulis tanpa merujuk kepada fakta. Kita tidak perlu melepaskan geram melalui blog kita semata-mata kerana mempunyai kepentingan tertentu. Kebebasan kita dalam mengeluarkan pendapat tidak bermakna kita bolih menafikan fakta. Ini yang Bakri Musa lakukan. Ini bermakna beliau memperlekehkan kebolihan pembaca untuk berfikir dan mencari kebenaran.
Johor Bahru
14hb April 2010

One thought on “MOU DIANTARA UKM & STEVENS INSTITUTE OF TECHNOLOGY: Mengapa blogger memperlekehkannya?

  1. MaizatulAhmad1968

    Dato’…

    Mamat tu rasa sebab dia duduk US, kot la dia lebih pandai. Maju Institute of Technology pon ada jugak paedahnya menolong bebudak belajar dan menambah ketrampilan diri. Impaknya lebih nyata dan boleh dihitung berbanding bercakap dan menjual air liur dari 10 ribu batu jauh mana sekalipon…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing