Main Content RSS FeedLatest Entry

Couple who sponsored maid’s studies awarded

KUALA LUMPUR - A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo Yourself Award (OYA).

Tan Choo Tang, 56, and wife Wee Phooi Kuan, 47, said they decided to help their maid, Sarmini Muhyadi, 28, to further her studies in management at the Open University Malaysia in the hope it would help improve her standard of living.

All the hard work paid off when Sarmini received her diploma last June and she is now holding a top post in a private company in Indonesia. Sarmini’s education cost RM5,000 (S$2,000).

They were among the seven recipients who received the award presented by OYA’s patron Datuk Shahrir Abdul Samad at a ceremony yesterday.

Fraser and Neave Holdings Bhd chairman Tengku Syed Badarudin Jamalullail was also present.

The recipients each received RM5,000, a certificate, plaque and F&N products.

“We could tell that Sarmini had a lot of potential to succeed as she is a hardworking person.

“We supported her for four years so that she would not give up,” said Tan.

Another recipient, Jonathan Jobal, 14, saved his cousin who was trapped inside a burning house.

“This makes me more willing to help anyone in trouble,” he said.

For senior citizen Tey Chong Suan, 74, the award is the greatest gift she has ever received.

“It was my duty,” said Tey who bravely saved a boy from drowning in Muar, Johor.

F&N chief executive officer Datuk Ng Jui Sia described the recipients as exemplary role models.

Recent Entries

Irfan, Naufal terima pelaburan Amanah Saham Didik

JOHOR BAHRU 4 Sept. – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad hari ini berkata, pihaknya akan memberi sumbangan bagi membantu membela nasib anak arwah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor.

Beliau berkata, bantuan yang akan diberikan itu berupa pelaburan Amanah Saham Didik bagi menjamin masa depan yang baik kepada Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

“Kita menyasarkan untuk mengumpul RM5,000 seorang bagi kedua-dua anak arwah dan memberi bantuan dalam bentuk Amanah Saham 2020, Amanah Saham Didik atau amanah saham yang sesuai di bawah Permodalan Nasional Berhad,” katanya.

Shahril berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Somalia peringkat Parlimen Johor Baharu pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Dewan Sri Tebrau di sini, hari ini.

Noramfaizul, 39, terkorban akibat terkena tembakan curi semasa kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya bersama petugas media Malaysia yang diiringi tentera kerajaan Somalia ditembak semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan di Mogadishu selepas membuat liputan misi bantuan kemanusiaan oleh Kelab Putera 1Malaysia itu.

Shahrir berkata, kematian Noramfaizul merupakan satu pengorbanan yang begitu tinggi oleh petugas media Malaysia dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat di negara ini.

“Kalau kita tidak hantar orang kita sendiri, kita akan hanya mendapat maklumat daripada agensi media asing yang mana mempunyai perspektif yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran Tabung Bantuan Somalia di kawasan parlimennya adalah bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan di negara tersebut yang dilanda kemarau, kebuluran dan konflik bersenjata.

Shahrir turut menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia adalah semata-mata untuk meraih publisiti dan bahawa Malaysia tiada terikat dengan sebarang perjanjian untuk membantu pelarian.

Katanya, misi bantuan itu dibuat kerana rakyat di Somalia amat memerlukan bantuan akibat masalah kebuluran dan kemarau serta mereka bukannya pelarian. – BERNAMA

Sumbangan kebajikan sempena Aidilfitri UMNO JB

Penyampaian zakat kpd 344 fakir miskin & 379 anak yatim dan sumbangan kpd 1142 ibu tunggal & 320 OKU di majlis tahunan UMNO Bhg Johor Bahru selamat disempurnakan. Terima kasih kpd penyumbang & penderma. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Program Info On Wheel Crime Awareness Team Parlimen Johor Bahru

Program Info On Wheel Crime Awareness Team Parlimen Johor Bahru dan sembang sembang belia PDRM serta berbuka puasa pada 14 Ogos 2011
di Kompleks Belia dan Sukan Johor (ceramah 3.00ptg-4.30 ptg),
Solat Asar di Surau Kombes, Lokasi On Wheel-Flat Larkin,Larkin Perdana, Larkin Central,Bazar Ramadhan 5.00-6.00 ptg .
Sembang-sembang belia-PDRM 6.00-7.00 ptg dan seterusnya berbuka puasa.
Ingin menyertai hubungi: Huzailizan 0177716371
Anjuran Bersama PBSDJB/PDRM/MBDJB/YMM/4B/KRM

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR.
1432H PADA 20 OGOS 2011 BERTEMPAT DI MASJID JAMEK SARANG BUAYA, MUAR.
PENDAFTARAN BERMULA JAM 2.30 PTG.
JB 40 ORANG DAN KULAI 40 ORANG ( LELAKI SAHAJA ) .
HUBUNGI MBD JB DAN MBD KULAIJAYA.
YANG INGIN PERGI SENDIRI DIALU-ALUKAN.PAKAIAN BAJU MELAYU/BERSONGKOK/BERTUDUNG DAN BAWA QURAN MASING2

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 1432H PADA 20 OGOS 2011 BERTEMPAT DI MASJID JAMEK SARANG BUAYA, MUAR. PENDAFTARAN BERMULA JAM 2.30 PTG. JB 40 ORANG DAN KULAI 40 ORANG ( LELAKI SAHAJA ) .HUBUNGI MBD JB DAN MBD KULAIJAYA.YANG INGIN PERGI SENDIRI DIALU-ALUKAN.PAKAIAN BAJU MELAYU/BERSONGKOK/BERTUDUNG DAN BAWA QURAN MASING2

Penerima rawatan dialisis di Masjid Bandar Baru Uda menerima kunjungan Dato Shahrir Samad sambail menyampaikan sumbangan menghadapi hari raya

Penerima rawatan dialisis di Masjid Bandar Baru Uda menerima kunjungan Dato Shahrir Samad sambail menyampaikan sumbangan menghadapi hari raya yg akan menjelang tak berapa lama lagi.
Ketika ini 91 org menerima rawatan dgn 16 mesin di pusat dialisis yg diuruskan oleh NGO Masjid BBU.

KEMAS

Gotong Royong KMJ Taman Pelangi July 2011

BBU treat for dialysis patients

ABOUT 100 patients who use dialysis facilities at the Masjid Jamek Bandar Baru Uda (BBU) in Johor Baru were recently treated to a special buka puasa function held at the mosque’s conference hall.

The guest-of-honour at the event was Johor Baru member of parliament, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad.

During the event, the patients were each presented with a selection of food items as well as duit raya.
One patient, Mohd Yusof Isa, was in high spirits after receiving the goodies from Shahrir.

“I am indeed grateful to the organisers for the kind reception and moved by the presence of our kind Datuk Shahrir,” said the 43-year-old state education department officer.

Meanwhile, the Ramadan bazaar held at the BBU was one of the popular programmes organised by the mosque during the fasting month. The bazaar, with 116 stalls, attracted a huge turnout comprising both locals and Singaporeans.
BBU resident Hassan Abdul Rahman, who lives only a stone’s throw away from the mosque, said the annual Ramadan bazaar has always been the main draw.

“I guess the menu selection with many delicacies was the main reason for the long line of customers at the bazaar,” said the 59-year-old former naval officer. “Even non-Muslims come to place their orders.”

Two prominent visiting imam, Sheikh Mohd Idris Mohd Al Masharafi Al Makki, 45, of Mecca, Saudi Arabia, and 22-year-old Syeikh Hafiz Abdullah Mohamed Yousef of Palestine were specially invited to lead the terawih prayers.

Saya nak tergelak tengok mereka…macam budak-budak – Shahrir Samad

Banyak orang mungkin sudah lupa bahawa warna kuning cukup sentimental bagi Ahli Parlimen BN-Johor Bharu,Datuk Shahrir Samad. Sebab itu beliau jadi ‘sakit mata’ tengok gelagat ahli parlimen pakatan pembangkang termasuk adiknya sendiri dari PAS-Shah Alam, Khalid Samad pakai warna kuning ke sidang Dewan Rakyat pada hari Khamis.

Paparan temubual oleh media umno – http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wkOkSvHNZws#at=113

Ini gara-gara mereka nak tunjuk solidariti mereka kepada rancangan perhimpunan Bersih 9 Julai yang hangat jadi isu sekarang. Pada tahun 1988 Shahrir bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen Johor Bharu. Lambang yang beliau gunakan ialah cap tiga kunci dan warna rasmi kempennya ialah KUNING.

Ketika itu beliau seorang diri berdepan dengan bala jentera BN yang kuat. Namun beliau menang dengan majoriti lebih 12,000 undi. Beliau mencatat sejarah tersendiri sebagai satu-satunya yang menang bertanding atas tiket calon bebas di kerusi Parlimen Johor Bharu.

Juga jangan lupa Shahrir juga adalah otai@orang lama di Dewan Rakyat. Beliau kini adalah ahli parlimen BN kedua paling senior selepas Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang.) Juga dari sudut politik Johor Bharu sehingga kini sinionim dengan Shahrir.

Biasanya sepanjang sidang Dewan Rakyat beliau jarang mahu komen tentang tindak tanduk pembangkang yang buat macam-macam karenah.Namun sepanjang sidang Khamis yang merupakan hari akhir sesi Parlimen kali ini beliau nampak ‘ geram sikit’.

Read More..

JB ARTS FESTIVAL Calendar of Performances

The Festival starts on July 1st, 2011. Click on an event to view details.

Tak cukup takat ‘winnable candidate’ perlu ‘ winnable consituency’ – Shahrir Samad

Artikel dari : www.agendadaily.com

Ketika semua orang bercakap tentang konsep ‘winnable candidate’ dalam letak calon untuk pilihanraya umum ke 13 nanti,Datuk Seri Shahrir Samad melihat lebih jauh dari itu.

“Kita harus perluaskan konsep itu menjadikan winnable constituency.Tak cukup setakat  menitikberatkan soal winnable candidate”, katanya dalam interbiu dengan Agendadaily di bangunan Parlimen.

Dalam pilihanraya umum lalu, banyak kawasan yang dikuasai BN terlepas ke tangan pembangkang sekalipun calon-calon yang bertanding bukanlah calang-calang orangnya.

Kekalahan empat negeri serta banyak pemimpin kanan BN tewas telah mencetuskan teriakan tanda amaran bahawa satu reformasi menyeluruh perlu dibuat dalam penentuan calon yang benar-benar ‘ boleh menang’ yakni yang popular dan disukai rakyat tempatan bagi memastikan tsunami Mac 2008 tidak berulang.

Ada pihak yang berpendapat jika hal ini tidak diberi keutamaan pengalaman pilihanraya umum lalu akan berulang dan boleh mengugat peluang BN untuk meneruskan pemerintahan.

Bagaimanapun Shahrir – ahli Parlimen Johor Bharu dan bekas menteri – yang diminta mengulas hal ini yakin BN tidak menghadapi masalah untuk menang dan berkuasa balik pada PRU 13 nanti.

Cuma baginya soal kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen ‘ adalah cerita lain’.

Beliau berulangkali kata yang penting ialah menang.

Soalnya sekarang dalam penentuan calon yang  ‘winnable’… apa kriterianya.

Perlukah calon berkenaan berijazah serta memegang jawatan-jawatan penting diperingkat bahagian ataupun mereka yang diletakan boleh saja didatangkan khas atau dalam istilah politik ‘ payung terjun’ dari luar.

Shahrir yang menjadi ahli parlimen sejak tahun 1978 dan pernah menang bertanding sebagai calon bebas di Johor Bharu mempunyai jawapan tersendiri kepada persoalan ini.

Untuk rekod, Shahrir pernah mencetuskan beberapa kontroversi seperti ikut menyokong pembangkang yang mahu dibahas soal seorang ahli parlimen BN yang dikatakan menganggu penyiasatan jabatan  kastam Melaka didalam kes yang diberi jolokan “pejam sebelah mata.”

Pada masa itu Shahrir ialah Pengerusi BNBBC (kelab penyokong kerajaan di Parlimen) melanggar arahan whip dan kerana itu beliau hampir dikenakan tindakan disiplin.

Bagaimanapun Shahrir mengambil keputusan mengejut dengan meletakan jawatan dari BNBBC.

Kini tokoh politik yang disegani dari selatan tanahair ini lebih banyak berperanan sebagai ahli ‘back bencher’ sahaja berbanding pernah suatu masa dulu memegang beberapa jawatan penting didalam kerajaan.

Bagi yang terlepas pandang selain jawatan terakhirnya di dalam kerajaan  sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir juga pernah berperanan sebagai Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara).

Mereka yang sering ke Parlimen sedia maklum Shahrir adalah wajah setia di setiap sidang Dewan Rakyat.

Kelibatnya mengingatkan kita kepada sikap wakil rakyat yang berpegang teguh pada tanggongjawab yang diamanahkan.

Komitmennya dapat dilihat.Beliau jarang  sekali “ponteng”sidang Dewan Rakyat.Tak kira  samaada sidang ditangguhkan jam 5.30 petang atau 8.30 malam atau 12.00 tengahmalam beliau akan tunggu hingga ke akhir.

Sudut yang disukai ialah di satu sudut kawasan lounge Ahli Parlimen sambil mengadap laptop.

Read More..

Jalan Ara, Nyereh and Jelutong folk launch residents’ association

Association members carry out ‘gotong-royong’ exercise to tidy up their neighbourhood.

Association members carry out ‘gotong-royong’ exercise to tidy up their neighbourhood.

MORE than half of the people living in 110 bungalows in Jalan Ara, Jalan Nyereh and Jalan Jelutong in Taman Melodies, Johor Baru, were at the launch of their residents’ association recently.

Persatuan Penduduk Jalan Jelutong, Jalan Ara, Jalan Nyereh (JAN) was formed in August last year

The Sunday event included a simple breakfast spread, morning exercise, gotong-royong and the distribution of leaflets on dengue eradication.
he association’s chairman Wee Fan Peng, who mooted the idea for the resident association, said residents started to feel safer and more comfortable after the setting up of the association.

He urged more residents to support Persatuan Penduduk JAN.

About 80 per cent of the residents have signed up as members and paid an RM100 monthly fee.
Johor Baru member of parliament Datuk Shahrir Abdul Samad delighted the crowd by giving forking out RM5,000 for the cause.

He said he hoped the money would go towards the building of a security post.

“I am happy to meet the residents on this Sunday morning. Setting up an association such as this helps police to keep crime at bay,” he said.
He said other neighbourhoods should follow suit. He mentioned Serene Park, also in Johor Baru, which also has a vibrant neighbourhood watch programme.

Rotary Club of Johor Baru president Dr S. Sivamoorthy, who helmed the steering committee for the communication for behavioural Immpact programme in the prevention and control of dengue formed by Rotarians, was accompanied by a group of Rotarians and Interactors.

They were there to create greater awareness of dengue and disseminate information on the eradication of the dreaded disease.

The Rotarians used their experience which was gained through involvement in international malaria programmes to educated fellow Rotarians and students on the breeding habits of mosquitoes so that they can get to the source of the problem.

Also present were Johor Baru district health officer Dr Roslinda A. Rahman and MBJB deputy chief whip Salmah Safar.

Salmah expressed the hope that all the 24 zones in Johor Baru will emulate the example set by Persatuan Penduduk JAN in carrying out a gotong-royong exercise, followed by fogging in a bid to eradicate dengue.

KFHMB sumbang RM1j kepada Yayasan Sejahtera

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kuwait Finance House (M) Bhd. (KFHMB) hari ini menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Sejahtera bagi membantu program basmi kemiskinan yang dijayakan oleh organisasi itu di Kelantan, Sabah dan Sarawak tahun ini.

Pada masa sama, KFHMB secara rasmi turut menjadi rakan baru Yayasan Sejahtera yang kini bersama beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) serta syarikat perbankan lain membantu keluarga miskin tegar di negara ini untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif KFHMB, Jamelah Jamaluddin kepada Pengerusi Yayasan Sejahtera, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dalam satu majlis yang diadakan di Mercu UEM, di sini.

Dalam ucapannya Jamelah berkata, pembabitan KFHMB dalam program Yayasan Sejahtera merupakan peristiwa penting dalam usaha berterusan syarikat menunaikan tanggungjawab sosial korporat membantu mereka yang memerlukan di Malaysia.

Menurutnya, penglibatan syarikat perbankan itu juga selaras dengan aspirasi kerajaan yang mahu organisasi korporat turut terbabit dan menyumbang kepada aspek kebajikan dan sosial rakyat.

“Kita berharap sumbangan ini akan menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat selaras dengan pelan perkembangan syarikat yang sudah mempunyai lapan cawangan di seluruh negara ketika ini,” katanya.

Antara projek yang bakal dijayakan menerusi kerjasama Yayasan Sejahtera dengan KFHMB ialah projek keusahawanan menerusi skim pinjaman mikro di Kelantan, projek tanaman cili fertigasi dan ternakan kupang dalam sangkar di Sabah serta projek burung walet di Sarawak.

Sementara itu Shahrir berkata, Yayasan Sejahtera bercadang membantu lebih 1,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara tahun ini untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

Katanya, yayasan itu menerusi program-program yang dilaksanakan berjaya membantu 2,300 keluarga keluar daripada belenggu kemiskinan tahun lalu.

“Penyertaan KFHMB sebagai rakan baru Yayasan Sejahtera memberi erti yang besar kerana organisasi ini yang memerlukan pembabitan badan-badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi bagi menjayakan program-program yang dirancang,” katanya.

Shahrir menambah, Yayasan Sejahtera juga bercadang menarik penyertaan individu dan pekerja-pekerja syarikat yang terlibat dalam program yayasan untuk menjadi sukarela bagi membantu serta memantau setiap program yang dijayakan pihaknya.

Larian amal kutip dana pusat hemodialisis, Paliatif

JOHOR BAHRU 7 Mac – Seramai 200 peserta daripada pelosok negeri ini menyertai larian amal bagi mengutip dana sebanyak RM500,000 untuk kegunaan Pusat Hemodialisis dan Pusat Jagaan Paliatif yang dikendalikan oleh Kelab Rotary Johor Bahru di sini semalam.

Acara pelepasan larian amal yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini itu dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad kira-kira pukul 7.30 pagi.

Kesemua mereka berkumpul seawal pukul 7 pagi untuk menyertai larian yang dianjurkan buat julung kalinya oleh kelab tersebut.

Pengerusi kelab berkenaan, Dr. S. Sivamorthy berkata, kedua-dua pusat berkenaan memerlukan dana sekurang-kurangnya RM500,000 setiap tahun untuk beroperasi bagi menampung kos pentadbiran, rawatan dan utiliti yang lain.

Beliau berkata, kedua-dua pusat berkenaan beroperasi hasil sumbangan daripada beberapa buah syarikat dan individu yang bermurah hati demi kelangsungan hidup semua pesakit yang menggunakan kemudahan tersebut.

“Sehingga kini, pusat hemodialisis yang ditubuhkan sejak 1990-an mempunyai 64 orang pesakit yang mana setiap bulan memerlukan kos operasi antara RM30,000 hingga RM40,000,” katanya lagi.

Sementara itu, bagi Pusat Jagaan Paliatif pula, katanya, ia ditubuhkan sejak 1985 bagi membantu mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sakit kronik dalam membimbing mereka melalui proses rawatan secara menyeluruh dan memberi motivasi sekiranya kehilangan orang yang mereka kasihi.

Pada majlis sama, Kelab Rotary Johor Bahru turut menerima cek bernilai RM3,000 sumbangan daripada syarikat hartanah, Seri Alam Properties Sdn Bhd.

Sementara itu, Shahrir dalam ucapannya berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Kelab Rotary Johor Bahru bagi membantu melaksanakan tanggungjawab sosial kepada ahli keluarga dan pesakit yang menerima rawatan di pusat berkenaan.

Ini kerana, persatuan sebegini perlu dalam membantu pihak yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan ketandusan motivasi untuk berjuang demi sebuah kehidupan.

JMB diminta tingkat kualiti perkhidmatan

JOHOR BAHRU 16 Jan. — Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kawasan perumahan di daerah ini diminta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka terutamanya mengenai aspek kebersihan, keselamatan dan pengurusan supaya dapat mewujudkan kediaman yang ideal.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, sesebuah JMB yang baik akan menjadikan sesebuah kediaman itu bukan sahaja selesa dan selamat untuk diduduki, malah mewujudkan satu persekitaran yang kondusif.

“Kita mahu sesebuah kawasan kediaman itu sentiasa berada dalam keadaan selamat sehingga tidak takut untuk membiarkan anak-anak bermain di kawasan luar rumah.

“Itu semua tidak mustahil sekiranya sesebuah JMB yang diwujudkan di kawasan kediaman itu dapat memainkan peranan masing-masing,” katanya semasa merasmikan Hari Komuniti Apartmen Bayu Puteri 3, Taman Batu Puteri, di sini hari ini.

Shahrir berkata, bagi mewujudkan sesebuah JMB berkesan, kerjasama dan sokongan padu penduduk setempat amat penting dalam memastikan badan tersebut terus memberi perkhidmatan yang terbaik.

Beliau berkata, selain JMB Bayu Puteri 3, antara JMB lain yang dilihat paling menonjol adalah JMB Serene Park di sini.

“Kita berharap agar JMB lain di daerah ini terus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan sesebuah kediaman itu selesa untuk diduduki,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JMB Bayu Puteri 3, Jenny Law berkata, program anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama pemaju, Tebrau Teguh Berhad dan JMB Bayu Puteri 3 itu turut dimeriahkan dengan acara sukaneka, peraduan mewarna, selain pameran pelbagai agensi kerajaan seperti polis, bomba dan penyelamat dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Sementara itu, seorang pembeli sebuah unit perumahan Bayu Puteri Oasis, Chong Mei Lin diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berupa sebuah kereta Proton Saga pada cabutan bertuah pada program itu.

‘Bring on the third force’

PETALING JAYA: The recently-launched Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), seen as a ‘third force’ in the country’s political arena, has evoked both support and indifference from Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) politicians.

It was launched on Dec 12 with a mission of reforming the nation’s political landscape and to get society to be more actively involved in politics.

This has raised the possibility of a three-way fight for Putrajaya between BN, PR and MCLM.

Selangor Democratic Action Party (DAP) chairman and Klang Member of Parliament, Charles Santiago, said MCLM should be welcomed by the society, including PR, whose members were from Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (Pas) and DAP.

“MCLM intends to field their own candidates in the next general glection, but this will not disrupt PR’s selection of candidates or ruin our chances of winning,” he said.

“We must allow the public to choose the best candidate to represent and serve the rakyat.”

So far, MCLM had announced that two human rights lawyers, Malik Imtiaz Sarwar and Sreekant Pillai, would be among their candidates for the next general election.

However, PKR information chief and Batu MP, Tian Chua, said the movement needed to be clear on their agenda.

“It is hard for PR leaders to say ‘yes’ or ‘no’ to MCLM as the situation now is still confusing. But if MCLM wants to work with PR, we could sit down and discuss matters.”

Umno Johor Baru MP, Datuk Seri Shahrir Samad, said MCLM had not expressed any interest in working with BN or PR. “It would be better if MCLM candidates contest as independents,” he said.

MIC information chief and Hulu Selangor MP, P. Kamalanathan, said the formation of MCLM reaffirmed the weaknesses of PR.

“For a third force to come into the picture, it just shows there are uncertainties within the PR coalition,” he said.

“At the end of the day, it’s up to the voters to decide which party can better serve the rakyat.”

PRU 13 pada suku kedua 2011 atau tahun selepas itu?

JOHOR BAHRU 19 Dis. – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diramal diadakan pada suku kedua tahun depan atau tahun selepas itu, menurut ramalan veteran UMNO, Datuk Shahrir Samad.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, PRU tidak akan diadakan pada Mac tahun depan seperti yang dijangkakan oleh parti pembangkang.

Beliau berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mahu melihat lebih banyak hasil diperoleh daripada semua dasar yang diperkenalkan sejak menjawat jawatan pada 3 April tahun lepas.

“Jadi, pilihan raya tidak akan diadakan secepat mungkin, mungkin akan diadakan pada akhir 2011 atau selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kesedaran kesihatan di Kampung Sulaiman Menteri di sini hari ini.

Shahrir berkata, pakatan pembangkang hendaklah menumpukan perhatian untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukan terlalu tertumpu pada pilihan raya umum. – Bernama

Dewan Rakyat: Mental Transformation Needed Among Civil Servants

Meanwhile, Datuk Shahrir Abd Samad (BN-Johor Baharu), when debating the Bill, said government agencies like Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) should ensure that the objectives of the First House Scheme for those earning below RM3,000 as announced by the prime minister when tabling Budget 2011, was met.

Under this scheme, eligible buyers will get a 100 per cent loan from financial institutions.

Shahrir, who was formerly Domestic Trade and Consumer Affairs Minister, also urged the government to rethink its plan to have a fast rail link between Kuala Lumpur and Singapore, which he said in his opinion would not bring a “balance of benefits” for overall economic development.

– BERNAMA

Malaysia to replant 365,000ha of oil palm

The Malaysian government’s new replanting scheme will target 365,000 hectares of oil palms older than 25 years as the world’s No.2 palm oil producer tries to lift flagging output, a top industry official said today.

Industry regulator the Malaysian Palm Oil Board’s (MPOB) new chairman, Shahrir Samad, said the scheme would take two to three years to complete and the government had pledged RM297 million under the 2011 budget.

The scheme is the latest initiative to boost yields in Malaysia, which has fallen behind top producer Indonesia in terms of output.

An earlier industry-funded scheme to replant 200,000 hectares in 2008 in a bid to boost slumping prices was almost completed this year.

“I think we can easily achieve 17.5 million tonnes (in 2011) even with this new replanting scheme as there will be more young oil palms coming into maturity,” Shahrir told Reuters in his first interview with the foreign media as MPOB chief. – Reuters